Thursday 21 November 2013

Cara Berfikiran Kreatif

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Ramai yang beranggapan bahawa pemikiran kreatif ini adalah suatu anugerah dan hanya mereka yang tertentu sahaja yang akan memilikinya. Maaf, anda silap. Kreatif bukanlah sesuatu yang hanya hadir secara semulajadi. Ianya boleh diwujudkan dan ianya boleh diasah. Percayalah...

Ada pelbagai cara untuk mengaktifkan pemikiran kreatif dan cara mengekalkannya. Yup! Memang banyak. Tetapi pada hari ini, saya akan berkongsi dengan anda, bagaimana saya, Muhammad Zulqarnain mengaktifkan pemikiran kreatif dan cara saya mengekalkannya.

3 Langkah Mudah Pemikiran Kreatif Muhammad Zulqarnain :

1. Sentiasa membuat kajian (research) dan menyimpan data kajian.

  • Dengan membuat kajian, anda dapat melihat corak konsep reka grafik semasa dan corak reka grafik yang sesuai untuk sesuatu perkara.
  • Dengan membuat kajian, anda dapat memastikan reka grafik anda berada dilandasan yang tepat.
  • Data-data dari kajian anda akan membantu mengekalkan pemikiran kreatif anda.

2. Berkongsi idea dan kerja reka grafik anda pada orang lain.
  • Kongsikan kerja reka grafik anda pada orang lain seperti keluarga dan rakan-rakan. Jangan takut atau segan kerana dengan perkongsian ini anda akan mendapat maklum balas dari mereka dan dengan maklum balas ini anda akan dapat membaiki kualiti kerja reka grafik anda.

3. Sentiasa berfikiran seperti kanak-kanak.
  • Kajian mendapati bahawa sekiranya seseorang dewasa itu berfikiran seperti seorang kanak-kanak, minda mereka akan terdorong untuk berfikir ke luar dari kotak pemikiran yang asalnya. Ini adalah kerana kanak-kanak tidak akan meletakkan 'logik' pada apa yang mereka lihat, dengar, sentuh atau rasa.

Semoga dengan perkongsian dapat mendorong anda untuk berfikiran lebih kreatif. Kreatif itu adalah sesuatu yang menyeronokkan.

Wednesday 20 November 2013

Pentingnya Reka Grafik Yang Merehatkan Mata Pada Flyer

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hati dan otak kita pastinya tidak akan senang apabila kita melihat sesuatu yang merunsingkan atau melihat sesuatu yang menyemakkan mata. Kita akan segera bertindak untuk hilangkan 'kesemakkan' yang menyerabutkan ini. Tetapi, apakah corak atau konsep reka grafik untuk flyer anda?

Pergi sahaja kemana-mana kedai buku atau majalah. Belek dan perhatikan setiap helaian kertas yang mempunyai iklan diatasnya. Majoriti iklan ini adalah iklan yang menyemakkan mata. Banyak! Cukup banyak iklan yang menyemakkan mata. Pastinya kita akan 'skip' iklan-iklan ini dan terus membelek ke kertas yang bebas iklan. Betul kan?

Flyer yang diedarkan kepada umum juga tidak kurangnya. Penuh dengan teks! Penuh dengan teks yang pelbagai saiz! Penuh dengan teks yang pelbagai warna! Mengalahkan lukisan abstrak malah lebih menenangkan melihat lukisan abstrak. Letakkan sahaja diri anda pada situasi mereka yang menerima flyer itu. Adakah anda akan membaca atau membelek atau menyimpan flyer seperti itu?

Kajian mendapati hanya 3% orang akan membaca atau membelek atau menyimpan flyer yang menyemakkan ini hanya kerana ianya bertepatan dengan apa yang mereka mahu atau cari. Pentingnya flyer yang tidak menyemakkan mata ini adalah kerana jika kita mengedarkan flyer pada waktu yang kurang sesuai, dengan adanya reka grafik yang menenangkan mata pastinya mereka akan menyimpan flyer tersebut. Ini dinamakan tarikan.


" Dari kerana mata... Yang mempunyai kuasa... Ohh... Aku Tergoda..."

Mulai dari hari ini, mulakan kajian mengenai flyer yang bersesuaian dengan perniagaan anda. Berikan informasi ini kepada pereka grafik anda. Berikan ruang kepada pereka grafik anda untuk berkarya.

Kami di Rumah Seni Grafik gemar membuat rekaan yang menenangkan mata tetapi sekiranya anda sendiri yang inginkan flyer 'semak mata', apa daya kami? Jom ke arah reka grafik berkualiti dan jom kurangkan pembuangan flyer di atas jalan.

Perbezaan Antara Flyer dan Brochure

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Orang ramai sering kali tersilap di antara brochure dan flyer. Sedangkan kedua-dua produk ini adalah dua produk yang berbeza. Berbeza dari segi saiz dan juga fungsinya.

Sifat fizikal flyer :
  • Sekeping kertas sahaja tanpa lipatan.
  • Samada dua belah cetakan atau sebelah cetakan sahaja.
  • Kebiasaannya bersaiz A5 atau bersaiz A4.

Sifat fizikal brochure :
  • Sekeping kertas yang berlipat dan biasanya dilipat kepada 3 bahagian.
  • Dua belah cetakan melainkan jika perlu, satu belah cetakan.
  • Kebiasaannya bersaiz A4.

Fungsi flyer :
  • Menjual produk atau servis atau memperkenalkan produk.
  • Kebiasaannya flyer digunakan untuk menjual produk atau servis.
  • Flyer adalah untuk diedar di secara umum kerana sifat fizikalnya yang tidak terlalu membebankan si penerima flyer.

Fungsi brochure :
  • Memperkenalkan produk atau servis.
  • Memberi informasi kepada orang tertentu atau kelompok tertentu.
  • Kebiasaanya brochure digunakan untuk memberi informasi dan brochure paling mudah dilihat di kedai-kedai perkhidmatan dan hospital terutamanya.
  • Sifat fizikal brochure yang kurang sesuai untuk dijadikan bahan edar di umum mempengaruhi keputusan pemilik untuk meletakkannya di tempat-tempat tertentu dan ini pastinya hanya akan diambil atau diterima oleh mereka yang hadir ke sesuatu tempat atau mereka yang benar-benar mahukannya.

Kami berharap agar informasi ini berguna dan dapat membantu anda dalam memilih produk yang sesuai untuk kegunaan perniagaan anda atau sebagainya. Saluran atau aliran yang betul membantu melancarkan perniagaan anda.

Tuesday 13 August 2013

REBUT PELUANG KEEMASAN INI CEPAT!!

Ini adalah peluang bagi anda yang ingin mereka dan mencetak kad kahwin untuk hari majlis persandingan anda nanti dimana Rumah Seni Grafik menawarkan perkhidmatan rekaan dan cetakan untuk kad kahwin anda mengikut kehendak anda.

Mudah sahaja! Like dan PM kami di fb kemudian berikan kami contoh-contoh rekaan kad kahwin pilihan anda. Harganya berpatutan dan anda bolehlah membuat rujukan dengan klik disini.


Apa tunggu lagi? Rebut peluang ini sekarang!!

LIKE - PM - HADIAH - TEMPAH!! MUDAH!!

Apa yang dimaksudkan dengan LIKE-PM-HADIAH-TEMPAH? Ianya adalah salah satu konsep Rumah Seni Grafik menjalankan perniagaan. Cara cukup mudah dan jelas.

Like : Like facebook kami dengan berbuat demikian di alamat www.facebook.com/RumahSeniGrafik2013 dan ini membolehkan anda berhubung dengan kami dengan lebih baik.


PM : PM atau hantarkan mesej kepada kami di Rumah Seni Grafik untuk bertanyakan mengenai produk dan servis kami. Disinilah kami akan menilai apakah hadiah yang menanti anda.


HADIAH : Hadiah adalah berbeza bagi setiap produk dan servis. Samada diskaun harga, hadiah bonus berbentuk produk dan sebagainya. Hadiah anda dinilai melalui PM.


TEMPAH : Tidak susah...boleh membuat bayaran secara online atau bank in atau secara tunai. Harganya adalah berpatutan!


Mudah bukan untuk dapatkan hadiah? Tidak perlu isi borang, tidak perlu langgan keahlian dan tidak perlu buang masa. Kami di Rumah Seni Grafik mengalu-alukan sebarang pertanyaan dari anda kerana anda sahabat kami.

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Terciptanya Rumah Seni Grafik bukan sekadar bertujuan untuk mencari punca rezeki semata-mata namun, terciptanya Rumah Seni Grafik adalah bertujuan untuk melebarkan lagi sayap bidang grafik sekaligus mengangkat bidang ini ke arah yang lebih baik dan produktif.


Sering kita lihat pelbagai kedai grafik dan percetakan wujud disana sini namun setiapnya menghasilkan kerja grafik yang hampir sama atau sama terutama dalam percetakan kad kahwin. Inilah salah satu misi pemilik Rumah Seni Grafik, Muhammad Zulqarnain Bin Roslan ketika berhasrat melahirkan perniagaan grafik dan percetakan.


Muhammad Zulqarnain percaya bahawa meletakan kerja grafik pada wang semata-mata membantutkan kemajuan grafik di Malaysia ini. Bandingkan saja kerja grafik di Malaysia dengan diluar sana, anda pasti merasai perbezaannya yang ketara.Kehendak pelanggan yang lebih gemar rekaan biasa-biasa kerana harganya yang murah juga menyumbang proses kebantutan bidang grafik. Apatah lagi dengan sifat. "Buat cantik-cantik pun orang buang...", bunyinya seperti membazir secara paksa.

Disebabkan tindakan dan pandangan inilah pemilik Rumah Seni Grafik bertekad untuk menjalankan perniagaan yang membantu meningkatkan mutu seni grafik di Malaysia.

Rugi sekiranya ramai mengambil ringan terhadap perkara ini kerana terdapat ramai pereka grafik di Malaysia ini yang mampu menghasilkan kerja grafik yang baik dan hebat namun tindakannya terbatas dek tindakan dan pandangan yang negatif.