Wednesday 20 November 2013

Pentingnya Reka Grafik Yang Merehatkan Mata Pada Flyer

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hati dan otak kita pastinya tidak akan senang apabila kita melihat sesuatu yang merunsingkan atau melihat sesuatu yang menyemakkan mata. Kita akan segera bertindak untuk hilangkan 'kesemakkan' yang menyerabutkan ini. Tetapi, apakah corak atau konsep reka grafik untuk flyer anda?

Pergi sahaja kemana-mana kedai buku atau majalah. Belek dan perhatikan setiap helaian kertas yang mempunyai iklan diatasnya. Majoriti iklan ini adalah iklan yang menyemakkan mata. Banyak! Cukup banyak iklan yang menyemakkan mata. Pastinya kita akan 'skip' iklan-iklan ini dan terus membelek ke kertas yang bebas iklan. Betul kan?

Flyer yang diedarkan kepada umum juga tidak kurangnya. Penuh dengan teks! Penuh dengan teks yang pelbagai saiz! Penuh dengan teks yang pelbagai warna! Mengalahkan lukisan abstrak malah lebih menenangkan melihat lukisan abstrak. Letakkan sahaja diri anda pada situasi mereka yang menerima flyer itu. Adakah anda akan membaca atau membelek atau menyimpan flyer seperti itu?

Kajian mendapati hanya 3% orang akan membaca atau membelek atau menyimpan flyer yang menyemakkan ini hanya kerana ianya bertepatan dengan apa yang mereka mahu atau cari. Pentingnya flyer yang tidak menyemakkan mata ini adalah kerana jika kita mengedarkan flyer pada waktu yang kurang sesuai, dengan adanya reka grafik yang menenangkan mata pastinya mereka akan menyimpan flyer tersebut. Ini dinamakan tarikan.


" Dari kerana mata... Yang mempunyai kuasa... Ohh... Aku Tergoda..."

Mulai dari hari ini, mulakan kajian mengenai flyer yang bersesuaian dengan perniagaan anda. Berikan informasi ini kepada pereka grafik anda. Berikan ruang kepada pereka grafik anda untuk berkarya.

Kami di Rumah Seni Grafik gemar membuat rekaan yang menenangkan mata tetapi sekiranya anda sendiri yang inginkan flyer 'semak mata', apa daya kami? Jom ke arah reka grafik berkualiti dan jom kurangkan pembuangan flyer di atas jalan.

2 comments:

  1. post yang menarik dan baik untuk kenal tentang flyer...
    http://asrafflyer.com

    ReplyDelete
  2. post yang menarik dan baik untuk kenal tentang flyer...
    http://asrafflyer.com

    ReplyDelete