Thursday 21 November 2013

Cara Berfikiran Kreatif

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Ramai yang beranggapan bahawa pemikiran kreatif ini adalah suatu anugerah dan hanya mereka yang tertentu sahaja yang akan memilikinya. Maaf, anda silap. Kreatif bukanlah sesuatu yang hanya hadir secara semulajadi. Ianya boleh diwujudkan dan ianya boleh diasah. Percayalah...

Ada pelbagai cara untuk mengaktifkan pemikiran kreatif dan cara mengekalkannya. Yup! Memang banyak. Tetapi pada hari ini, saya akan berkongsi dengan anda, bagaimana saya, Muhammad Zulqarnain mengaktifkan pemikiran kreatif dan cara saya mengekalkannya.

3 Langkah Mudah Pemikiran Kreatif Muhammad Zulqarnain :

1. Sentiasa membuat kajian (research) dan menyimpan data kajian.

  • Dengan membuat kajian, anda dapat melihat corak konsep reka grafik semasa dan corak reka grafik yang sesuai untuk sesuatu perkara.
  • Dengan membuat kajian, anda dapat memastikan reka grafik anda berada dilandasan yang tepat.
  • Data-data dari kajian anda akan membantu mengekalkan pemikiran kreatif anda.

2. Berkongsi idea dan kerja reka grafik anda pada orang lain.
  • Kongsikan kerja reka grafik anda pada orang lain seperti keluarga dan rakan-rakan. Jangan takut atau segan kerana dengan perkongsian ini anda akan mendapat maklum balas dari mereka dan dengan maklum balas ini anda akan dapat membaiki kualiti kerja reka grafik anda.

3. Sentiasa berfikiran seperti kanak-kanak.
  • Kajian mendapati bahawa sekiranya seseorang dewasa itu berfikiran seperti seorang kanak-kanak, minda mereka akan terdorong untuk berfikir ke luar dari kotak pemikiran yang asalnya. Ini adalah kerana kanak-kanak tidak akan meletakkan 'logik' pada apa yang mereka lihat, dengar, sentuh atau rasa.

Semoga dengan perkongsian dapat mendorong anda untuk berfikiran lebih kreatif. Kreatif itu adalah sesuatu yang menyeronokkan.

No comments:

Post a Comment