Tuesday 13 August 2013

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Terciptanya Rumah Seni Grafik bukan sekadar bertujuan untuk mencari punca rezeki semata-mata namun, terciptanya Rumah Seni Grafik adalah bertujuan untuk melebarkan lagi sayap bidang grafik sekaligus mengangkat bidang ini ke arah yang lebih baik dan produktif.


Sering kita lihat pelbagai kedai grafik dan percetakan wujud disana sini namun setiapnya menghasilkan kerja grafik yang hampir sama atau sama terutama dalam percetakan kad kahwin. Inilah salah satu misi pemilik Rumah Seni Grafik, Muhammad Zulqarnain Bin Roslan ketika berhasrat melahirkan perniagaan grafik dan percetakan.


Muhammad Zulqarnain percaya bahawa meletakan kerja grafik pada wang semata-mata membantutkan kemajuan grafik di Malaysia ini. Bandingkan saja kerja grafik di Malaysia dengan diluar sana, anda pasti merasai perbezaannya yang ketara.Kehendak pelanggan yang lebih gemar rekaan biasa-biasa kerana harganya yang murah juga menyumbang proses kebantutan bidang grafik. Apatah lagi dengan sifat. "Buat cantik-cantik pun orang buang...", bunyinya seperti membazir secara paksa.

Disebabkan tindakan dan pandangan inilah pemilik Rumah Seni Grafik bertekad untuk menjalankan perniagaan yang membantu meningkatkan mutu seni grafik di Malaysia.

Rugi sekiranya ramai mengambil ringan terhadap perkara ini kerana terdapat ramai pereka grafik di Malaysia ini yang mampu menghasilkan kerja grafik yang baik dan hebat namun tindakannya terbatas dek tindakan dan pandangan yang negatif.

No comments:

Post a Comment