Thursday 21 November 2013

Cara Berfikiran Kreatif

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Ramai yang beranggapan bahawa pemikiran kreatif ini adalah suatu anugerah dan hanya mereka yang tertentu sahaja yang akan memilikinya. Maaf, anda silap. Kreatif bukanlah sesuatu yang hanya hadir secara semulajadi. Ianya boleh diwujudkan dan ianya boleh diasah. Percayalah...

Ada pelbagai cara untuk mengaktifkan pemikiran kreatif dan cara mengekalkannya. Yup! Memang banyak. Tetapi pada hari ini, saya akan berkongsi dengan anda, bagaimana saya, Muhammad Zulqarnain mengaktifkan pemikiran kreatif dan cara saya mengekalkannya.

3 Langkah Mudah Pemikiran Kreatif Muhammad Zulqarnain :

1. Sentiasa membuat kajian (research) dan menyimpan data kajian.

  • Dengan membuat kajian, anda dapat melihat corak konsep reka grafik semasa dan corak reka grafik yang sesuai untuk sesuatu perkara.
  • Dengan membuat kajian, anda dapat memastikan reka grafik anda berada dilandasan yang tepat.
  • Data-data dari kajian anda akan membantu mengekalkan pemikiran kreatif anda.

2. Berkongsi idea dan kerja reka grafik anda pada orang lain.
  • Kongsikan kerja reka grafik anda pada orang lain seperti keluarga dan rakan-rakan. Jangan takut atau segan kerana dengan perkongsian ini anda akan mendapat maklum balas dari mereka dan dengan maklum balas ini anda akan dapat membaiki kualiti kerja reka grafik anda.

3. Sentiasa berfikiran seperti kanak-kanak.
  • Kajian mendapati bahawa sekiranya seseorang dewasa itu berfikiran seperti seorang kanak-kanak, minda mereka akan terdorong untuk berfikir ke luar dari kotak pemikiran yang asalnya. Ini adalah kerana kanak-kanak tidak akan meletakkan 'logik' pada apa yang mereka lihat, dengar, sentuh atau rasa.

Semoga dengan perkongsian dapat mendorong anda untuk berfikiran lebih kreatif. Kreatif itu adalah sesuatu yang menyeronokkan.

Wednesday 20 November 2013

Pentingnya Reka Grafik Yang Merehatkan Mata Pada Flyer

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hati dan otak kita pastinya tidak akan senang apabila kita melihat sesuatu yang merunsingkan atau melihat sesuatu yang menyemakkan mata. Kita akan segera bertindak untuk hilangkan 'kesemakkan' yang menyerabutkan ini. Tetapi, apakah corak atau konsep reka grafik untuk flyer anda?

Pergi sahaja kemana-mana kedai buku atau majalah. Belek dan perhatikan setiap helaian kertas yang mempunyai iklan diatasnya. Majoriti iklan ini adalah iklan yang menyemakkan mata. Banyak! Cukup banyak iklan yang menyemakkan mata. Pastinya kita akan 'skip' iklan-iklan ini dan terus membelek ke kertas yang bebas iklan. Betul kan?

Flyer yang diedarkan kepada umum juga tidak kurangnya. Penuh dengan teks! Penuh dengan teks yang pelbagai saiz! Penuh dengan teks yang pelbagai warna! Mengalahkan lukisan abstrak malah lebih menenangkan melihat lukisan abstrak. Letakkan sahaja diri anda pada situasi mereka yang menerima flyer itu. Adakah anda akan membaca atau membelek atau menyimpan flyer seperti itu?

Kajian mendapati hanya 3% orang akan membaca atau membelek atau menyimpan flyer yang menyemakkan ini hanya kerana ianya bertepatan dengan apa yang mereka mahu atau cari. Pentingnya flyer yang tidak menyemakkan mata ini adalah kerana jika kita mengedarkan flyer pada waktu yang kurang sesuai, dengan adanya reka grafik yang menenangkan mata pastinya mereka akan menyimpan flyer tersebut. Ini dinamakan tarikan.


" Dari kerana mata... Yang mempunyai kuasa... Ohh... Aku Tergoda..."

Mulai dari hari ini, mulakan kajian mengenai flyer yang bersesuaian dengan perniagaan anda. Berikan informasi ini kepada pereka grafik anda. Berikan ruang kepada pereka grafik anda untuk berkarya.

Kami di Rumah Seni Grafik gemar membuat rekaan yang menenangkan mata tetapi sekiranya anda sendiri yang inginkan flyer 'semak mata', apa daya kami? Jom ke arah reka grafik berkualiti dan jom kurangkan pembuangan flyer di atas jalan.

Perbezaan Antara Flyer dan Brochure

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Orang ramai sering kali tersilap di antara brochure dan flyer. Sedangkan kedua-dua produk ini adalah dua produk yang berbeza. Berbeza dari segi saiz dan juga fungsinya.

Sifat fizikal flyer :
  • Sekeping kertas sahaja tanpa lipatan.
  • Samada dua belah cetakan atau sebelah cetakan sahaja.
  • Kebiasaannya bersaiz A5 atau bersaiz A4.

Sifat fizikal brochure :
  • Sekeping kertas yang berlipat dan biasanya dilipat kepada 3 bahagian.
  • Dua belah cetakan melainkan jika perlu, satu belah cetakan.
  • Kebiasaannya bersaiz A4.

Fungsi flyer :
  • Menjual produk atau servis atau memperkenalkan produk.
  • Kebiasaannya flyer digunakan untuk menjual produk atau servis.
  • Flyer adalah untuk diedar di secara umum kerana sifat fizikalnya yang tidak terlalu membebankan si penerima flyer.

Fungsi brochure :
  • Memperkenalkan produk atau servis.
  • Memberi informasi kepada orang tertentu atau kelompok tertentu.
  • Kebiasaanya brochure digunakan untuk memberi informasi dan brochure paling mudah dilihat di kedai-kedai perkhidmatan dan hospital terutamanya.
  • Sifat fizikal brochure yang kurang sesuai untuk dijadikan bahan edar di umum mempengaruhi keputusan pemilik untuk meletakkannya di tempat-tempat tertentu dan ini pastinya hanya akan diambil atau diterima oleh mereka yang hadir ke sesuatu tempat atau mereka yang benar-benar mahukannya.

Kami berharap agar informasi ini berguna dan dapat membantu anda dalam memilih produk yang sesuai untuk kegunaan perniagaan anda atau sebagainya. Saluran atau aliran yang betul membantu melancarkan perniagaan anda.